hari ini adalah hari pertama aku sebagai pekerja di dalam industri walaupun sebagai pelajar pracktikal. bukan mudah untuk mencapai sesuatu. aku bermula agak lambat kerana teman seperjuangan aku telah pun menghabiskan masa mereka selama sebulan di tempat pilihan masing2.
my first assignment - company showreel. tak kelakar langsung bos ni bagi aku kerja ni. bukan lah aku tak pandai tapi belum menjadi kemahiran aku untuk memikul tanggungjawab sebesar ini. aku hanya mampu mencuba. harap ia menjadi.
jam berdetik menunjukkan hampir 5.30pm. tak sabar rasa nya mahu pulang berjumpa yang tersayang mengisi kekosongan perut yang dari tadi meminta makanan.







