disebabkan satu suara hati yang memanggil-manggil aku untuk meninjau muka buka milik seseorang, tersentap aku seketika melihat sesuatu yang menangkap anak mata ku lalu turun ke hati dan menghantar isyarat kepada otak untuk memutarkan kisah-kisah silam aku yang telah lama aku buang. membara hati bagai api disiram minyak. bukan ingin mengungkit tapi keadaan memaksa untuk terus berfikir dengan perasaan yang sedikit tidak puas hati. masih segar dalam otak ku yang ligat berputar, "sejak kau tak ade, hidup aku lebih sempurna dengan kehadiran kawan-kawan aku. mase dengan kau, semua kawan aku lari" , "dulu aku tak ada kawan sebab aku duduk dalam hutan" . tanpa dipaksa, tanpa aku sedar, sebutir demi sebutir air jernih gugur menyusuri pipi gebu milik ku,
sebegitu terukkah aku di mata dia? sejahat itu kah aku terhadap diri dia. ahh, mungkin dia yang tidak pandai menilai kasih sayang aku yang pernah hinggap untuk dirinya. pedih. itu adalah pasti apa yang aku alami. bukan ingin bersikap riak atau menbangga diri, tapi aku rasa apa yang sudah aku korban kan untuk diri nya mungkin lebih jauh dari kehilangan seorang kawan yang tidak tahu sampai mana penghujungnya. aku harus kuat.
jikalau dia bergembira di sana bersama kawan-kawan nya yang menjadi daging busuk dan duri dalam kehidupan masa lalu nya, jikalau dia senang untuk mengangkat mereka yang dahulunya mencaci nya, jikalau dia bangga degan teman2 ku yang membenci dirinya, aku sedikit tidak rasa jatuh mahupun sakit kerana aku disini lebih bersyukur untuk mendapatkan semula apa yang patut aku mempertahankan dari dulu. darah daging aku. silap aku kerana mementingkan diri nya yang aku sedar sekarang hanya sia-sia. hanya tuhan tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku. permergian si dia memberi kehidupan lebih bermakna bagi aku. kemesraan di antara keluarga ku mula menyinar, hari-hari aku tidak lagi sunyi seperti tinggal di dalam rumah agam yang besar tanpa penghuni. rasa menyesal mula menyusuri hati lembut ku ini mengingatkan apa yang telah aku lakukan. kini, adinda ku adalah harta yang paling berharga untuk aku lukakan lagi. berat mulut dan hati ku untuk menyalahkan dia yang menjadi tulang belakang kepada pertengkaran antara darah daging ku tapi itulah hakikatnya. kehilangan diri dia aku iringi dengan gelak ketawa bahagia. kesedihan ini tidak lagi berpanjangan hanya luka di hati yang masih menjadi igauan.
adat manusia, kesilapan itu wajib dalam setiap nafas. bagi aku, aku adalah manusia yang penuh kesilapan dan aku akan sentiasa mengambilnya sebagai pengajaran dalam kehidupan aku akan datang. apa yang aku harapkan hanyalah kemesraan ini tidak akan berhenti dan pertengkaran sebegitu tidak lagi berulang.
darah daging aku, tetap darah daging aku.
sisters is bestfriend for life.