December 15, 2011

twothousandeleven.

setelah sekian lame menyepi di laman ini kini ku kembali dengan coretan yang mungkin dan tak mungkin akan ku lupa suatu hari nanti. coretan tentang kisah suka duka pahit manis hidup aku yang bergelar remaja.

tahun ini adalah tahun yang penuh dengan tangisan dan gelak ketawa tak lupa juga pengajaran yang terselit dalam liku2 kehidupan yang aku baru belajar untuk mengorak dengan cantik namun tersasar dari landasan. seperti pepatah, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan segalanya. bermula dari kisah kehidupan aku sebagai seorang pelajar sehingga lah kepada personal life aku. walaupun aku gagah menempuh apa sahaja dugaan yang datang bertubi-tubi pada aku dan aku cube untuk mengelak dari perkataan cinta namun bukan daya seorang manusia untuk mengawal hati dan perasaan. aku gagal dan jatuh dalam golongan mereka yang menyayangi aku pada awal nya, dan kini semua berakhir dengan hati yang terluka. bermula dari kenalan, sahabat rapat sehinggalah ke pasangan. kesemuanya mengecewakan ku dengan sikap2 yang kurang memuaskan dan tidak dijangkakan. 

pada awal pembelajaran ku di cyberjaya, merekalah sahabat ku. setelah beberapa semester berlalu, masing2 mule menunjukkan sikap masing2 yang sebenar. yang mula liar dan berubah pergi dengan cara mereka. tak kurang dengan yang mule mendapatkan faedah dari orang lain dan melupakan yang bersusah bersama. aku hanya mampu mengeluh dan mengorak langkah ku sendiri untuk terus gagah meneruskan cita-cita aku. alhamdulillah, akhirnya aku didatangi sahabat lain yang agak memahami dan tidak lokek dengan gelak ketawa dan juga harta benda. walaupun mereka tidak lah sepandai mane seperti mereka di masa lalu tapi merekalah teman untuk aku meluahkan kesedihan dan kegembiraan di lubuk hati yang susah untuk org lain fahami. terima kasih :)

seperti juga orang lain yang kecundang dengan perkataan cinta, aku juga tidak kurang hebat nya. sungguh luar biasa kisah percintaan aku untuk tahun ini namun ku anggap ia sebagai anugerah yang Tuhan berikan untuk aku lebih kuat dan mengerti kehidupan ini. mungkin khilaf aku yang egois dengan perasaan aku sendiri hingga memakan diri ini. mungkin juga kelemahan aku untuk tidak mampu untuk melafazkan yang sebenar kerana takut hati mereka dilukai tanpa aku sedar aku lebih menyakitkan mereka dengan sikap aku. jelas aku kecewa dengan sikap aku yang tidak pandai untuk bertegas dengan diri sendiri sehingga melukakan satu2 nya hati lembut yang Tuhan anugerahkan. dengan segala luka baik dalam atau luar, caci maki dan tohmahan yang mereka berikan aku terima sebagai asam garam hidup bercinta. tiada ape lagi yang dapat aku kata kan selain aku memaafkan kalian tetapi bukan semudah itu untuk aku melupakan kejadian yang telah menimpa diri kerdil ini. seperti biasa, yang patah akan tumbuh kembali. kini hidup aku didatangi seorang bidadari yang cantik keseluruhannya walau bukan bagi orang lain. pada aku, dia indah dalam gaya nya sendiri mengorak langkah dan senyuman dalam hidup aku. perkenalan yang singkat dan tidak disangkakan kini berakhir dengan satu ikatan yang aku dan dia sendiri mahu tergelak apabila difikirkan kembali.walaupun ade kekurangan beliau dalam perhubungan ini, aku meletakkan setinggi harapan dan kepercayaan untuk kami terus mara dan berpegang dengan hubungan ini. terima kasih kepada awak wahai si penghibur hati. aku selalu percayakan karma, and miracle dalam kehidupan ini. semoga mereka di masa lampau ku juga kecapi kebahagiaan seperti aku sekarang. 

begitulah kisah sedikit sebanyak kehidupan aku di tahun 2011 ini. dengan setinggi harapan, ape yang aku dakap dalam penghujung tahun ini akan kekal kisah nya utk beberapa tahun akan datang, mungkin akan bersulam duka tapi bukanlah diganti. untuk mereka yang menyakiti aku, bukan aku mahu membenci tapi ketidak selesaan untuk mengharungi hidup dengan kalian menghantui diri ini dan mungkin memerlukan masa untuk memperbaiki segala kesulitan yang telah muncul di pertengahan perkenalan kita. kalau suatu hari kita ditakdirkan bertemu, bertegurlah kerana diri kerdil ini tidak berhak untuk membenci sesama makhluk ciptaan Nya. :) 


No comments:

Post a Comment